Bab 10 : Pengurusan Alam Pembelajaran



Pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti sebagai faktor ‘hasil’. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada persekitarannya serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi cenderung untuk mengalami gangguan dan tekanan fizikal yang rendah. 

    Taraf pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan kea rah pembangunan diri, bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam pendidikan. Persediaan mengadapi kehidupan ini sentiasa perlu ada disamping melindungi mental dan fizikal para pelajar untuk memahami dan menganalisa masalah dan penambahbaikan diri  pelajar atau pembakal pendidik untuk pada masa akan datang. Keperluan merancangan dalam pengajaran dan pembelajar perlu ditekankan untuk membantu anda untuk memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif, analisa kesannya sepanjang waktu pengajaran dan nilai tarikan (perhatian) dan tidak membosankan di waktu pembelajaran dan pengajaran (PnP) sedang berlaku.

Objektif Pengajaran 

Objektif Implisit

Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
- memahami
- mengetahui
- menghargai sesuatu yang telah diajar.

Objektif eksplisit

Melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :-
- menyenaraikan
- menjelaskan
- memberikan contoh
- menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan.

Buku Rekod Mengajar

Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. 

Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :

1.Rancangan Pelajaran Tahunan
2.Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan. isi ringkas rancangan pengajaran  berdasarkan sukatan sukatan  kebangsaan.

Komponen PnP

Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah:-

-Objektif pengajaran
- Strategi pengajaran yang sesuai
- Bahan bantu pengajaran
- Maklum balas pelajar
- Penilaian

Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran

Proses pembelajaran yang lebih menyeronokkan dapat membantu para pelajar memberi tumpuan dan memahami pelajaran dalam kelas. Teknik pembelajaran yang menyeronokkan perlu diaplikasikan di sekolah seperti dengan menggunakan alat bantuan mengajar, aktiviti berkumpulan dan memberikan peluang kepada pelajar memberi pendapat dan pandangan. Kaedah supaya pelajar lebih mudah ingat pula ialah dengan menggunakan kaedah akronim, menyuruh pelajar ke hadapan untuk menyelesaikan masalah di papan putih, menggunakan video dan menggunakan kaedah gallery walk. Alat atau bahan yang digunakan adalah seperti :-

  • Buku teks
  • Buku rujukan
  • Buku latihan
  • Lampiran nota
  • Alat audio visual
  • LCD
  • Komputer/TV
  • Peta/gambarajah
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini sangat penting kepada para pelajar bagi memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan lebih memahami apa yang mereka pelajari. Selain itu, proses pemindahan maklumat juga dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan dan pelajar dapat lebih fokus kepada sesuatu topik sahaja. Guru perlu menguasai beberapa kemahiran dan teknik sebelum memasuki kelas bagi memastikan para pelajar dapat menerima ilmu pengetahuan dengan teknik yang mudah dan berkesan.

Comments