Bab 11 : Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)



PENDAHULUAN

Sejarah Pengambilan Dadah Di Malaysia 

Dadah di Malaysia telah lama wujud di mana pada awal abad ke 19, British sebagai kerajaan menjajah ketika itu telah membawa pendatang Cina dan India Selatan menjadi pekerja dan buruh untuk bekerja di ladang-ladang lada hitam, ladang-ladang getah dan lombong bijih timah. Pekerja-pekerja asing dari Tanah Besar Cina telah membawa candu dan tabiat menghisap candu ke Negara ini. Candu bukan sahaja mudah diperoleh tetapi boleh membantu mereka menghilangkan kesakitan dan mengisi masa lapang. Maka tabiat ini terus diamalkan oleh pekerja lombong Cina ini ( Pasukan Petugas Anti Dadah, 1992). 

    Ganja pula dibawa oleh pekerja-pekerja asing dari India Selatan dan mereka telah memperkenalkan ganja di Negara ini. Mereka ditempatkan di ladang-ladang getah oleh kerajaan penjajah. Orang Melayu pula menggunakan dadah bagi tujuan 23 perubatan iaitu mengubati penyakit lelah. Bagi golongan nelayan dan petani, ganja membantu mereka untuk meneruskan kerja-kerja berat yang dilakukan bagi mencari rezeki (Pasukan Petugas Anti Dadah, 1992).

    Pada penghujung abad ke 19, dadah jenis candu dan ganja mula menjadi satu masalah. Kerajaan penjajah mula mengawal penjualan dan pengedaran dadah jenis candu. Pada tahun 1910, kerajaan penjajah telah mengambil alih pengimportan dan penjualan dadah jenis candu ini. Mereka melaksanakannya melalui kedai-kedai candu kepunyaan kerajaan penjajah (Pasukan Petugas Anti Dadah, 1992). Akhirnya, penjualan dan penghisapan candu dibenarkan tetapi dikenakan cukai ke atas penagih dan kedai-kedai penjual yang berdaftar sahaja (Abdul Ghafar, 1990). 

    Pada tahun 1925 satu keputusan telah dibuat di “Konvensyen Geneva Mengenai Candu” untuk mengatasi masalah ketagihan candu di mana penjual hanya boleh menjual candu kepada penghisap candu yang berdaftar sahaja. Pada tahun 1934 pula, Suruhanjaya Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan bahawa penjualan candu hanya dibolehkan kepada pengamal-pengamal perubatan yang diperakukan sahaja. Dalam tahun 1945, selepas perang Perang Dunia Ke Dua penjualan dan penghisapan candu diharamkan. Pada penghujung tahun 1960an, penagih-penagih bukan sahaja tergolong daripada golongan orang tua sahaja tetapi juga golongan belia. Jenis dadah juga dipelbagaikan seperti morfin, heroin dan pelbagai jenis lain yang lebih merbahaya. Pada tahun yang sama budaya aliran ‘Hippies’ melanda seluruh dunia termasuk negara ini. Ia memberi kesan negatif kerana anak muda pada ketika itu amat berpengaruh dengan tabiat golongan ‘Hippies’ ini (Majad dan Rosmin, 1989).
    
    Tercatat dalam sejarah dunia dalam tahun 1970an ialah operasi besar-besaran oleh tentera marin Amerika di Vietnam dalam Perang Vietnam. Peperangan di Vietnam bukan sahaja memberi kesan yang jelas kepada Vietnam dan Amerika Syarikat tetapi juga kepada ekonomi dan sosial negara-negara berhampiran. Pada jangka masa peperangan ini tentera marin Amerika telah melancong ke Malaysia dengan membawa dadah bersama mereka dan memperkenalkan dadah jenis morfin dan heroin. Ramai belia yang telah terpengaruh terutamanya di Pulau Pinang. 


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan "Dadah Musuh Utama Negara". Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawap untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

MATLAMAT
Memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan, kesedaran dan kemahiran menentang bahaya dadah, alkohol, rokok, inhalan dan HIV serta bahan terlarang lain yang boleh merosakkan jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam mewujudkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012".

RASIONAL
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabakan murid kita sentiasa terdedeah dan berada dalam keadaan berisiko untuk trut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  mengambil tanggungjawap untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.

OBJEKTIF
  • Mempertingkatkan kemahiran murid berkaitan bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol, HIV dan bahan terlarang yang lain.
  • Memperkasakan ketahanan dan jati diri murid untuk menolak pengaruh dadah dan bahan terlarang yang lain.
  • Melahirkan murid kreatif, kritis dan inovatif dalam melaksanakan PPDa di sekolah.
  • Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
PRINSIP PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH
  1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklan melaksanakan program PPDa.
  2. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.
  3. Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
  4. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid.
  5. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggungjawap semua warga sekolah.
  6. Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjurus ke arah "Sekolah Bebas Dadah".
STRATEGI DAN DIMENSI PENGURUSAN PPDa
  • Dimensi 1 = Pengurusan dan Kepimpinan
  • Dimensi 2 = Pengurusan Pendidikan Pencegahan Awalan
  • Dimensi 3 = Pengurusan Seranta dan Publisiti PPDa
  • Dimensi 4 = Pengurusan Pendidikan Intervensi (Fail Sulit)
  • Dimensi 5 = Pengurusan Dokumentasi Data PPDa
  • Dimensi 6 = Pengurusan Penyelidikan PPDa
  • Dimensi 7 = Pengurusan PPDa dengan Agensi Luar
PENGURUSAN PPDa
  • Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi di sekolah masing-masing. Pengurusan yang berkualiti akan membantu perlaksanaan Program PPDa diterima oleh keseluruhan komuniti sekolah. Ia juga akan memberi kesan kepada diri pelajar agar tidak mudah terjebak dalam penagihan rokok dan dadah diperingkat awal lagi.
  • Oleh yang demikian, sistem fail yang tersusun hendaklah diwujudkan. Ini bukan sahaja memudahkan proses pemantauan oleh KPM/JPN/PPD dan pihak sekolah sendiri, malah membantu pengurusan guru di sekolah. Beberapa perkara perlu diberi perhatian, antaranya.
  1. Fail PPDa (fail induk)
a. Fail putih yang didaftarkan melalui rekod fail
b. Terkandung surat diterima dan surat keluar.
c. Perlu sentiasa direkod/semak/diminit.

2)     Fail pengurusan PPDa (fail sokongan)
a. Misi, Visi , Objektif dan matlamat PPDa
b. Jawatankuasa PPDa Sekolah 2011
c. Senarai tugas Jawatankuasa 2011
d. Perancangan / Takwim PPDa 2011
e. Pelan Tindakan
f. Kertas kerja/ Aktiviti

3)     Rekod-rekod PPDa
a. Rekod Kes Murid Terlibat Dadah/Ujian Urin (SM)
b. Rekod Kes Murid Terlibat Rokok (SM dan SR)
c. Rekod Aktiviti PPDa

4)    Program/ aktiviti PPDa
a. PPDa dlm KBSM
b. PROSIDAR
c. SLAD
d. Sambutan minggu anti-dadah
e. Mesej Antidadah dalam perhimpunan
f. Program Intervensi Pelajar

5)     Buku-buku PPDa
a. Perancangan strategik 5 tahun PPDa
b. Jurnal PPDa
c. Buku kit PdPc PROSIDAR
d. Pekeliling Ikhtisas PPDa

ULASAN

"Menurut penyataan dan penerangan di atas ini terbukti bahawa setiap pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan sebuah negara yang bersih dari anasir dadah yang merbahaya kepada masyarakat. Menurut penelitian mendalam melalui sejarah pengambilan dadah di Malaysia pada awalnya hanya bertujuan untuk perubatan dan bahan sampingan sahaja. Namun, akibat daripada penggunaan tanpa batasan dan tanpa pengetahuan yang kritis mengenai bahayanya DADAH segelintir masyarakat menjadi mangsa akibat terjahan budaya pada zaman dahulu bahawa dadah adalah kebiasaan bukan satu AMARAN. Sehingga kini pelbagai strategi dan unsur periksa telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan hinggalah ke ahli keluarga kita sendiri. Berdasarkan penyelidikan kendiri, saya berpendapat perkara-perkara yang dapat ditafsirkan dalam hal ini ialah :-
  • Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids harus dititik beratkan di bermula dari peringkat awal tumbesaran kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa.
  • Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids. 
  • Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
  • Pengurusan Hubungan Luar
Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amat bermakna dan dinilaikan sebagai sebuah titik henti dalam sejuta penamat kepada masalah dadah ini daripada penyalahgunaan dadah ini terus berlaku di negara kita dan seluruh dunia moga dunia bebas dadah, negara bebas dadah dan rakyat sejahtera."

Comments