Bab 5 : Pengurusan Disiplin
Disiplin adalah amalan membuat seseorang individu itu mematuhi peraturan atau piawaian tingkah laku, dan menghukum mereka ketika tidak melakukannya. Disiplin juga adalah kualiti untuk berkelakuan dan bekerja dengan cara terkawal yang melibatkan mematuhi peraturan atau piawaian tertentu. Namun sekiranya anda merujuk kepada suatu aktiviti atau situasi sebagai suatu disiplin, anda bermaksud bahawa, untuk berjaya, anda perlu bersikap terkawal dan mematuhi peraturan atau piawaian yang sudah tertentu oleh pihak pengurusan terhadap DISIPLIN di mana sahaja anda berada.
Menurut Surut Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968 yang dikhtiraf oleh pihak kerajaan bahawa "tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar". Pengurusan Disiplin pelajar merupakan suatu isu yang sering menimbulkan masalah kepada guru-guru di sekolah. Ini kerana guru berhadapan dengan pelajar dalam jangka masa yang agak lama pada setiap hari dan memungkinkan pelajar menonjolkan pelbagai tingkah laku yang selari ataupun tidak dengan peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Buku ini mengetengahkan isu-isu yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan tugas menguruskan disiplin pelajar. Beberapa model disiplin seperti Curwin dan Mendler dengan Disiplin Tiga Dimensi (3-D), Model Disiplin Canter – Pendekatan Disiplin Asertif, Model Pengurusan Disiplin Bersepadu (Unified Discipline) dan Model Pengurusan Disiplin Glasser dibincangkan bagi membolehkan guru ataupun pembaca umum memahami serta berkemungkinan menerapkan kaedah model tersebut dalam menguruskan tingkah laku pelajar ataupun anak-anak. Di samping itu, buku ini turut membincangkan dua bentuk pengurusan disiplin di sekolah, iaitu Pengurusan Disiplin Konvensional dan Pengurusan Disiplin Penalti yang dilaksanakan di sekolah di Malaysia. Pembaca dapat menilai sendiri keberkesanan antara dua bentuk pengurusan disiplin pelajar tersebut. Buku ini amat berguna kepada pentadbir dan guru-guru di sekolah kerana pendekatan pengurusan disiplin pelajar yang dibincangkan dapat disesuaikan dengan situasi di sekolah masing-masing. Buku ini juga merumuskan bahawa pengurusan disiplin pelajar di sekolah perlu dilaksanakan dengan penuh komited dan rasa tanggungjawab secara bersama antara pentadbir, guru dan ibu bapa.
ORDINAN PELAJARAN 1957 (PERATURAN DISIPLIN 1959)
Terdapat beberapa Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Pentadbiran terhadap isu yang kait rapat mengenai Isu Disiplin Sekolah. antara peraturannya ialah :-
- Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 - (Tanggungjawap guru besar atas disiplin)
"Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawap ke atas disiplin sekolah"
" dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu."
- Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 - (Kuasa-Kuasa Guru Besar)
" Bagi maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuas menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat."
- Peraturan 6 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 - (Perwakilan kuasa oleh Guru besar)
"Guru besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu tetapi yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain guru berdaftar".
- Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 - (Kuasa Guru Besar menggantungkan Persekolahan Atau Membuang Murid Dari Sekolah)
"Pada bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah :-
(a) Sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah ; atau
(b) Yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan perintah menggantun murid itu dari hadir sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya patut atau membuang murid itu dari sekolah. "
- Peraturan 10 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959
"(1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu.
(2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan. "
- Peraturan 11 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959
"CATATAN DIBUANG SEKOLAH DALAM SIJIL BERHENTI SEKOLAH
- Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah dibawah peruntukan-peruntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat oleh guru besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah dibawah peruntukan–peruntukan peraturan-peraturan ini. "
- Peraturan 12 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959
Syarat Masuk Balik Sekolah Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya).
(a)masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau
(b)diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran.
Objektif Disiplin
- Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
- Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
- Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
- Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
- Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.
KOD Kategori Kes
KOD Kategori
A Tingkah Laku Jenayah
B Buli
C Rokok
D Ponteng
E Tingkkah laku lucah
F Tingkah laku kurang sopan/ biadap
G Kesalahan Vandalisme
H Tingkah laku tidak amanah
J Kenakalan
K Tingkah laku tidak pentingkan masa
L Kekemasan diri
M Penglibatan politik
N Lain-lain
P Kes Khas
Comments
Post a Comment