Bab 7 : Pengurusan Pelbagai Budaya


Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.


Definisi Pelbagai Budaya

Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

       Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).
       Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.

Tujuan pendidikan pelbagai budaya

v  untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap


Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya 

o   Laporan Barnes (1951)
·    "matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai kaum"

o   Laporan Fenn-Wu (1951)
·    "dasar pendidikan Malaya hendaklah ditujukan kepada matlamat membina warganegara Malaya ... menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala bidang kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaya.“

o   Ordinan Pendidikan 1952
·       "matlamat pendidikan akan tercapai melalui pembentukan sekolah berbagai-bagai kaum yang bercorak kebangsaan ... dengan berorientasikan kehidupan di Malaya untuk kanak-kanak semua kaum ... dengan bahasa pengantar adalah bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris ... di samping bahasa ibunda di sekolah vernakular Cina dan Tamil".

o   Akta Pendidikan 1961
·       " ... sistem pendidikan itu menepati prinsip bahawa kanak-kanak dididik sejajar dengan kehendak ibu bapa mereka yang berbilang kaum, agama dan budaya ... atas dasar demokrasi pendidikan dan pengekalan budaya etnik masing-masing kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di negara ini."

Kepentingan memahami kepelbagaian budaya bagi Guru

           1)      Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan                      adanya pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai menghormati dan menerima budaya orang lain akan wujud dalam diri murid. Seterusnya mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya.

           2)      Dalam konteks profesional keguruan, dengan memahami kepelbagaian budaya, seseorang                    guru akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya. Tidak ada prasangka atau prejudis terhadap diri murid. Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat. 

Menurut Najeemah (2003) sebab utama guru-guru tidak mengamalkan pendidikan pelbagai budaya iaitu
1)      Guru-guru tidak tahu/memahami maksud sebenar pendidikan pelbagai budaya.
2)      Guru tidak tahu cara untuk menggunakan pendidikan pelbagai budaya secara berkesan
3)      Guru-guru tidak bermotivasi bagi mempelajari cara yang berkesan bagi pendidikan pelbagai budaya.
4)      Guru-guru tidak menyedari mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan pendidikan pelbagai budaya


PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH

Ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan budaya Najeema

  • Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
  • Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku.
  • Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.
Kesimpulan
 
Kepelbagaian budaya merupakan satu kelebihan dan strategi dalam suatu perspektif baharu untuk memahami variasi pelajar dari masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang budaya. Dengan itu hubungan yang lebih harmoni dapat dapat diwujudkan semasa berinteraksi. Strategi ini seharusnya dapat membantu para pelajar memahami kepelbagaian budaya yang  ada  di  negara  ini  supaya  matlamat  pendidikan  untuk  memberi  kesedaran  kepada \pelajar-pelajar tentang  wujudnya pelbagai  nilai,  budaya,  agama  dan  bangsa  dalam masyarakatnya  serta  terdapat pula  persamaan-persamaan  dalam  budaya  berbagai  dapat dicapai. Tambahan pula, perpaduan kaum juga dapat dicapai dan keharmonian serta kemakmuran negara dapat dibentuk dengan baik. apabila setiap kaum bersatupadu ia akan mewujudkan sebuah legasi dan tamadun yang bakal memimpin negara adalah di tangan yang boleh diharap-harapkan dan dihormati, moga negara Malaysia akan terus dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.

Comments