Bab 8 : Pengurusan Pelbagai Upaya

Pengenalan

Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang wajar diambil penekanannya untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.




Permulihan

  • Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
  • Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
Namun Konsep Permulihan yang dilaksanakan adalah bersifat mengutamakan prinstip menyelesai masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik. Selain itu, perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Permulihan  ini dapat dilaksanakan melalui program pemulihan khusus, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi mengikut ciri-ciri kanak-kanak (murid) yang berkeperluan menjalani permulihan ini.

Ciri-ciri Kanak Permulihan:-
  • Rendah diri
  • Pasif
  • Mengganggu rakan
  • Kerap tidak hadir ke sekolah
  • Lemah pemahaman
  • Malas
  • Cepat bosan
Di samping menganalis definisi dan ciri-ciri yang dapat kita kelaskan keperluan permulihan ini. Guru juga memainkan peranan yang penting dalam membimbing kanak-kanak ini untuk mengadapi masalah mereka dalam memahami dan menjalani kelas/program permulihan ini dengan baik. Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti setiap murid itu. Guru juga perlu membentuk personaliti yang baik dalam diri setiap orang murid moga memudahkan mereka menerima dan mengambil nilai-nilai yang baik dalam hidup mereka.

Pengayaan 

Pengayaan adalah aktiviti yang memberikan aktiviti atau pengalaman tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu.

Murid-murid ini dapat meluaskan lagi pengetahuan mereka dengan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar (tidak agresif dan drastik).

Konsep Pengayaan

  • Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.
  • Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
  • Bercorak  belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.
Objektif Pengayaan

Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka.

Kajian Literatur (kajian lampau)

Keperluan Khas 

“Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural characteristics. Many of these children may require educational program customized to their unique needs” - Garciulo (2003).

Pintar Cergas

Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

Ciri-ciri pintar cergas :-
  • Perbendaharaan kata yang lebih luas,
  • Mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah, 
  • Keistimewaan dalam matematik, 
  • Mencari kesempurnaan kendiri, 
  • Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah,  
  • Petah berkomunikasi.
Pendidikan Pintar cergas
  • Kurikulum akademik yang diubahsuai.
  • Kurikulum sedia ada tidak sesuai dengan IQ yang tinggi.
  • Mengandungi proses berfikir secara kritis dan kreatif.
AUSTIME 

Autisme bermaksud kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi. Ciri-ciri autisme ialah :-
  • Sukar berkomunikasi
  • Mengelak untuk bertentang mata
  • Emosi tidak seimbang
  • Mencedera diri sendiri
  • Sukar memahami orang lain
  • Pasif
Pendidikan yang telah dikhas dalam pengurusan kepelbagaian upaya ialah :-
  • Pendidikan di sekolah kerajaan, swasta atau pemulihan dalam komuniti (PDK)
  • Program bersepadu dan terancang. 
  • Pendekatan yang dijalankan adalah dari segi tingkah laku pelajar
  • Pendidikan inklusif 
DISLEKSIA

Disleksia merupakan keadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf. Pelajar yang mengalami masalah seperti ini seringkali mampu memberikan kesan yang serius untuk masa depan mereka, ini adalah ciri-ciri individu yang mengalami masalah Disleksia :-

  • Disparaxia (masalah koordinasi motor-mata-tangan).
  • Diskalkulia (merujuk kepada masalah matematik). 
  • Disgrafia (merujuk kepada bahasa).
Pendidikan Disleksia
  • Pendekatan multi sensori merupakan pendekatan yang paling sesuai.
  • Menggabungkan beberapa deria seperti deria rasa atau sentuhan, penglihatan, pendengaran dan pergerakan. 
  • Deria-deria ini dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah pengajaran terhadap pelajar disleksia. 

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983. Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran. Memperkenalkan  9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.
  • Kecerdasan Logik-Matematik
  • Pelajar mempunyai kelebihan dalam matematik.
  • Golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.
  • Kemahiran dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak.
Kecerdasan Verbal-Linguistik
  • Golongan ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan.
  • Memahami bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkataan. 
  • Mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam. 
Kecerdasan Muzik
  • Golongan ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik. 
  • Peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang, guruh dan angin.
  • Kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa. seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak.
Kecerdasan Kinestetik Badan
  • Individu jenis ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
  • Mempunyai kebolehan dalam meluahkan idea atau perasaan melalui tubuh badan mereka. 
  • Mereka juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. 

Kecerdasan Interpersonal
  • Golongan ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. 
  • Mereka berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain. 
  • Mudah bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada.
Kecerdasan Intrapersonal
  • Mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri. 
  • Mereka berupaya dalam memperbaiki diri mereka kearah kehidupan yang lebih baik.
  • Mampu menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup berdikari.  
  • Suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara
Kecerdasan Ruang Visual
  • Individu ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi.
  • Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka.
  • Mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat .
Kecerdasan Naturalis
  • Mempunyai kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling.
  • Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam terbuka.
  • Sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam.   
Kecerdasan Eksistensialis
  • Mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia. 
  • Golongan ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan yang muncul dalam fikiran mereka. 
  • Golongan ini juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden yang berkembang pada masa kini.
KESIMPULAN
  • Pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. 
  • Walau bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka.
  • Pelajar yang bermasalah dapat mencari dan menganalisis kelemahan diri mereka dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi selalu dengan lebih peka dan teliti malah lebih memahami apa yang diajari oleh guru mereka.
  • Hubungan yang baik diantara pelajar dan guru juga dapat dieratkan lagi dalam memahaman ini moga kualiti dan nilai pelajar dan pendidikan di negara kita dapat membangun dan merealisasikan sebuah wawasan yang menumpukan untuk menetapkan nilai sifar buta huruf para masyarakat di negara kita.

Comments