Bab 9 : Pengurusan Sekolah dan Persekitaran
Hubungan Sekolah dan Masyarakat
Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks.
Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.
Faktor luaran dan dalaman sekolah
- Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid.
- Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat.
- Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.
- Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.
- Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah.
- Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah.
- Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.
Hubungan antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah
- Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat.
- Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah.
- Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah.
- Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.
Perkongsian Pintar
- Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat:
- Mencapai matlamat atau objektif yang sama
- Perlu ada hubungan yang mantap dan akrab
- Gabungan strategik yang membawa faedah.
Sinergi kepada semua pihak yang terlibat
Masyarakat juga akan memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’ dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’.
Matlamat Perkongsian
a.Sekolah sebagai sebuah institusi sosial
tidak wujud bersendirian.
b. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham.)
c. Memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya.
Firman Allah dalam surah Al-Ma’idah ayat 2 :
“Dan bertolong-tolonglah kamu atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa atau permusuhan”.
Firman Allah dalam surah As-Saff ayat 4 :
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi,seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh".
Kepentingan Perkongsian
- Masyarakat dan Sekolah: Saling memerlukan.
- Sekolah sebagai agen perubahan masyarakat.
- Masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga.
- Budaya adalah hak masyarakat.
- Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan masyarakat.
Melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah, PIBG dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999).
Hubungan Sekolah & Ibu Bapa (PIBG)
- Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.
- Tindakan PIBG membela nasib guru: (bersemangat dan selesa ketika bertugas)
- Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru.
- Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.
- Kepakaran dan pengalaman anggota masyarakat amatlah dialu-alukan.
- Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar.
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.
- Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah.
- Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.
- Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan
- Sebarang perbezaan dari segi pandangan dan pendapat dalam kalangan kita bukanlah penghalang.
- Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat malaysia.
Video Kajian PBS yang telah Team saya lakukan di SMK Batu Sepuluh Lekir, Perak
ULASAN
"Tiga dimensi interaksi di dalam sekolah melibatkan tiga pihak iaitu pentadbir , guru dan pelajar di sesebuah sekolah. Pihak pentadbir ialah merangkumi jawatan Pengetua atau guru besar , penolong kanan pentabiran , penolong kanan hal ehwal pelajar , penolong kanan kokurikulum dan penolong kanan tingkatan enam. Barisan pentadbir ini merupakan penggerak dan jawatan yang paling penting di sekolah dan masing-masing punyai peranan yang berbeza. Para guru pula bertanggungjawab dalam mendidik pelajar sehingga berjaya. Setiap guru mengajar subjek dan mata pelajaran yang berbeza berdasarkan kelulusan dan kelayakan mereka. Pelajar pula merangkumi murid-murid sekolah rendah bermula daripada darjah satu sehingga darjah enam , serta pada peringkat menengah rendah iaitu tingkatan satu sehingga tingkatan tiga dan peringkat menengah atas iaitu tingkatan empat dan tingkatan lima dan seterusnya pra universiti iaitu tingkatan enam. Tiga pihak terlibat secara langsung di sekolah iaitu pihak pentadbir , guru dan pelajar yang saling berinteraksi antara satu sama lain. Segala peraturan,matlamat dan perkara yang ingin dicapai oleh sekolah akan diarahkan oleh pihak pentadbir , dibimbing oleh guru dan dilaksanakan oleh pelajar."
Comments
Post a Comment