Ulasan mengenai kelas KPS 3014 : Pengurusan Pembelajaran
"
Mana mungkin sakit jika tiada penyebabnya,
Tidak muncul malam jika siangnya tiada,Hidup ini dihias doa, indah nikmat dariNya,
Jangan biarkan dunia dimamah wabak sengsara, lawan kita bersama hingga tiada Noktah Bertanda
"
Ilmu itu adalah sebuah nilai yang besar buktinya kepada kita untuk menjadi seorang individu, identiti, intelektual, karisma dan sebagainya yang dapat kita simpulkan dalam perbahasan bentuk percakapan, lisan mahupun perbuatan kita. Namun, ruang lingkup pengajian yang saya dapati sepanjang pengajian ini bersama rakan-rakan dan pesyarah yang kami sayangi Dr. Izazol Binti Idris dalam memberi tunjuk ajar, membuka ruang pemikiran kami yang sempit ini kepada sebuah ruang kajian yang lebih luas dan secara tidak sedar kita sendiri pernah mengharungi masalah-masalah yang dibincangkan. Sedikit sebanyak ia dapat memberikan satu kefahaman kepada saya untuk mengetahui apakah yang diperlukan oleh seorang bakal guru itu untuk menghadapi masalah yang berkait rapat dengan sistem pengurusan pembelajaran mahupun diluar pengajian ini. Kaedah yang doktor gunakan juga adalah satu kelebihan dalam mengekalkan hubungan yang lebih akrab diantara kami untuk mengenal satu sama lain dan juga dapat menghilangkan rasa malu dan rasa kekok diantara kami untuk berinteraksi sesama kami. Dari pandangan saya izinkan suara ini didengar buat semua.
" mata ini dia memandang yang indah, hati ini hanya niat yang tentukan,
mulut ini dia dibuka untuk ditutup, akal ini berfikir untuk bertindak,
sayang itu wujud kerana hadirnya rasa mesra, ilmu itu pemantap akhlak kita bersama "
- Muhammad Azizuddin Bin Mohd Akbar
Walaupun kita tak dapat bertemu satu sama lain secara berhadapan saya berharap semua rakan-rakan dan doktor sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan masih mengamalkan langkah berhati-hati sekiranya melakukan aktiviti luar rumah atau aktiviti yang melibatkan sentuhan objek mahupun sentuhan apa-apa. Sentiasa mengamal S.O.P. yang di saranakan dan sentiasa menjaga kebersihan kita bersama. Akhir kalam, semoga kita semua sentiasa dilindungi daripada wabak pembunuh ini dan dunia bercambah mekar seperti sedia kala.
Comments
Post a Comment