Percambahan Biji Benih (Seed Germination)
PERCAMBAHAN TANAMAN
Mengikut Salisbury dan Ross (1992) biji benih adalah hasil dari pembiakan seks dan wujud sebagai hasil terakhir dalam sistem pembiakan seks atau aseks. Suatu biji benih mempunyai 3 bahagian yang penting iaitu embrio yang akan berkembang membentuk satu tumbuhan yang lengkap, bahan makanan simpanan di mana penting untuk membekalkan makanan kepada embrio bila ia membesar dan terdapat samada di dalam kotiledon atau endosperma dan kulit biji yang juga dipanggil testa. Kesemua embrio yang matang terdiri daripada satu atau dua embrio manakala di atas kotiledon terdapat plumul yang mengandungi meristem serta beberapa daun yang rudiment atau yang bakal menjadi daun Akar primer pula akan berkembang dari bahagian bawah hipokotil iaitu radikel. Percambahan biji benih boleh ditakrifkan sebagai lanjutan tumbesaran aktif oleh embrio yang mengakibatkan berlakunya pemecahan kulit biji dan kemunculan anak pokok atau sebagai lanjutan tumbesaran oleh embrio yang mengakibatkan berlakunya perkembangan sesuatu anak tumbuhan daripada biji.
Percambahan sesuatu biji benih lazimnya akan berlaku apabila diletakkan dalam suatu media semaian yang sesuai di mana kesemua keperluan persekitarannya mencukupi seperti suhu, air dan cahaya yang sesuai. Apabila keadaan ini berlaku nutrien-nutrien yang tersimpan di dalam kotiledonatau endosprema akan dibekalkan kepada embrio dan embrio akan berkembang. Pembekalan nutrien ini akan berterusan sehingga pucuk keluar dan berupaya menjalankan proses fotosintesisnya sendiri.
Kigel dan Galili (1995) menyatakan terdapat 3 peringkat semasa proses percambahan berlaku iaitu:
1. Resapan air oleh biji benih
Apabila biji benih disemai dalam keadaan atau persekitaran yang sesuai pertama sekali yang berlaku ke atas biji benih adalah ia menyerap air dan saiznya akan bertambah. Manakala kadar respirasi akan meningkat. Ini disebabkan sifat koloid di dalamnya akan menjadi segah dan kulitnya menjadi lembut dan pecah. Ini akan membenarkan aliran keluar masuk oksigen dan karbon dioksida terutama dibahagian embrio dan endosperma.
2. Pengaktifan hormone dan enzim
Setelah proses penyerapan air berlaku, enzim-enzim yang terdapat di dalam biji benih akan diaktifkan dan disintesiskan dengan rangsangan hormone. Enzim-enzim ini akan menukarkan bahan simpanan makanan yang kompleks kepada bahan makanan yang ringkas di mana mudah untuk ditranslokasikan ke bahagian akar dan pucuk untuk kegunaan proses tumbesaran atau enzim-enzim ini akan bertindak di dalam proses respirasi di mana pembentukan tenaga berlaku dan akan digunakan untuk pembahagian sel dan tumbesaran.
3. Tumbesaran dan perkembangan embrio
Perkembangan dan pertumbuhan bahagian-bahagian akar dan pokok seperti plumul, hipokotil, epikotil dan radikel adalah melalui proses pembahagian dan pembesaran sel. Pada masa ini bahan simpanan makanan akan berkurangan kerana telah ditranslokasikan kepada tisu-tisu pertumbuhan terutamanya dibahagian meristem iaitu hujung pucuk dan akar. Kulit biji akan pecah, bahagian pucuk dan daun-daun hijau akan munculk untuk menjalankan proses fotosintesis. Semasa itu juga akar akan muncul keluar dari bahagian embrio iaitu radikel dan mula menyerap air sebagai bekalan kepada daun-daun yang baru muncul.
Sesuatu biji benih tidak akan bercambah dan membentuk satu tumbuhan yang lengkap jika faktor persekitarannya tidak sesuai atau mencukupi seperti suhu yang sesuai, air yang mencukupi pengudaraan yang baik, pengcahayaan yang sempurna, bebas dari mikroganisma atau pathogen dan bahan-bahan toksik (beracun) seperti garam yang berlebihan.
Suhu
Menurut Wijana (1998), suhu merupakan salah satu faktor lingkungan yang sangat berpengaruh terhadap kehidupan makhluk hidup, termasuk tumbuhan. Suhu dapat memberikan pengaruh baik secara langsung mahupun tidak langsung. Secara amnya, suhu berperanan hampir pada setiap fungsi dari tumbuhan dengan mengawal proses-proses kimia pada suatu tumbuhan tersebut dan berperanan secara tidak langsung dengan mempengaruhi faktor-faktor lain terutama bekalan air. Suhu akan mempengaruhi proses evaporasi yang bermaksud perubahan molekul sistem kondensasi air kepada gas wap air yang menyebabkan penurunan hujan ke permukaan bumi tetapi ia juga memberi kesan kehilangan air dari organisma tersebut. Kenyataan ini dapat dikaitkan dengan kajian percambahan biji benih rock melon yang telah disemai di dalam bekas semaian menggunakan media peat moss sebagai media tanaman serta diberikan air siraman air biasa bagi kawalan kajian, kepekatan larutan nutrient baja set A dan B bagi rawatan kajian dengan kepekatan yang tertentu.
Menurut Erlangga, hal. 15 (2004), dasar umumnya tumbuhan memperlukan suhu tertentu untuk tumbuh dan berkembang dengan baik, yang disebut suhu optimum. Suhu paling rendah yang masih bermungkinan tumbuhan untuk tumbuh disebut suhu minumun, sedangkan suhu paling tinggi yang memungkinan tumbuhan untuk tumbuh disebut suhu maksimum. Setiap pertumbuhan mempunyai suhu minimum, optimal dan maksimum yang berbeza. Kehadiran suhu ini amat berkait rapat dengan proses kerja yang dilakukan dalam enzim. Jika suhu terlalu tinggi atau terlalu rendah keadaan ini akan mengakibatkan enzim biji benih menjadi rosak.
Penyerapan larutan pada tumbuhan
Menurut H.B. Tukey dan S.H. Wittwer (1950), mereka menyembur pokok dengan radioaktif potassium (K) dan phosphorus (P) dan dengan menggunakan sejenis alat geiger, mereka mengira dana mengukur kadar serapan, nutrien pada pokok. Mereka menemui nutrien bergerak dengan kadar 0.3 m/h (dalam masa satu jam) ke semua bahagian pokok. Daun mengandungi lubang transcuticular (lubang yang terletak diantara struktur sel) dan juga liang stomata, nutrien yang disembur masuk melalui liang-liang tersebut. Lubang transcuticular terdapat dibahagian atas dan dibahagian bawah daun, terbuka sentiasa, jadi nutrien akan masuk melalui liang ini, liang stomata lebih banyak wujud pada bahagian bawah daun yang terbuka pada awal pagi dan lewat petang. Kerja penyemburan sangat sesuai dilakukan pada waktu ini adalah lebih berkesan dan ia lebih efektif melalui daun berbanding akar.
Penyemburan forliar adalah sangat sempurna bagi merawat kesan kekurangan mikro elemen dari masalah tanah, contohnya, pada kawasan tanah gambut, pemberian mikro nutrien terus pada daun adalah salah satu ‘’short cut’’ yang paling baik. Begitu juga pembajaan unsur utama seperti calcium disembur terus kepada buah, bila ia perlukan, serapan yang perlahan, pembajaan boron secara forliar pada tanaman sebelum berbunga, menghasilkan pertambahan hasil buah yang banyak dan ini terhasil dari kualiti bunga yang terbentuk.
Comments
Post a Comment