Hari ni saya nak bincang dan merungkai sikit pasal apa itu "Islam Libearl". istilah ni sejak kebelakangan ni saya agak janggal untuk kita dengar dan perhatikan dalam bentuk segenak. Namun, saya nak berkongis untuk semua lapisan masyarakt khususnya kepada Komuniti Islam pada hari ni bahawa apa itu maksudnya dengan "Islam Liberal". Kalau difahamkan dalam bentuk falsafah, pemahaman atau pegangan liberal ini ia lebih membawa kepada maksud kepentingan individu, kebebasan hak-hak peribadi atau sistem demokrasi liberal yang memberikan undian terbuka kepada hak setiap kelas masyarakat.
"Muqadimah nya, sebelum kita ke lebih lanjut sukacita ingatkan bahawa perbincangan ini hanyalah hasil analisa daripada penelitian saya sahaja atas hak individu berkongsi pendapat."
Seperti yang kita sedia tahu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 telah banyak membincangkan perihal-perihal yang berkaitan dengan aliran pemikiran liberal, hukum dan implikasinya kepada Islam di Malaysia. Pemikiran Liberal ini mengandungi fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah. Tambahan pula, seseorang yang menerima dan menggunakan istilah fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Maksud liberal mungkin ada pelbagai pandangan dari segi konteks sesebuah negara, masyarakat dan individu. Namun kita sedar atau tidak dalam konten Islam pula banyak memberi pandangan yang zahir kepada kita.
Menurut rencana Berita harian mengenai Isu Agama, istilah seperti Islam liberal dan Islam progresif ini jika terus disebut-sebut serta digunakan secara meluas, kita harus berasa bimbang kerana ia bagaikan menjadi tiket mudah kepada pejuang fahaman songsang menghalalkan tafsiran mereka terhadap agama. Pada saya "yes" memang golongan ini akan berkata atas dasar pemikiran sahaja tidak diserap ke dalam pegangan mereka. namun golongan yang menggunakan istilah ini dikalangan masyarakat yang beragama, sama seperti mereka seakan memberi dorongan dan pemahaman yang songsang kepada individu yang lain. Perihal ini akan memberi kesan yang berkait rapat dalam isu kebebasan bersuara dan kebebasan berfikir tetapi kita perlukan berwaspada akan perkara apakah yang perlu di terapkan hak kebebasan ini baik kepada hak bersama atau tidak.
Golongan ini seakan memberi satu tunjuk ajar kepada individu yang lain membentuk keyakinan yang kuat bahkan seakan mencabar para ulama mereka sendiri. golongan ini mempunyai cita-cita cukup besar sehingga ingin membangunkan semula agama yang sedia ada sempurna. Walaupun kita ada empat mazhab, namun semua bersetuju pada asas dan usul yang sama. Cuma, perbezaannya dari segi istinbat (kaedah mengeluarkan hukum daripada sumber seperti al-Quran dan hadis) serta sumber hukum, bahkan adat juga boleh menjadi satu hukum pada sebahagian mazhab.
Golongan liberal ini pula cuba merungkai asas agama itu sendiri, jadi mana boleh ia diiktiraf sebagai satu mazhab yang sah. istilah seumpama Islam liberal perlu diteliti secara lebih kritikal, khususnya melihat sekiranya ada keperluan untuk mengetengahkan terma lain seperti pernah dilakukan ulama terdahulu bagi mengklasifikasikan kelompok yang menyeleweng. Kita perlu kritis dalam membuat tafsiran pemahaman untuk golongan ini ada yang cenderung untuk menolak agama secara total dan segelintir dari mereka menerima agama, tetapi melonggarkan pentafsirannya.
Istilah Muslim liberal bunyinya seakan bagus, tetapi sebenarnya mereka membawakan banyak perkara yang bertentangan dengan hukum Islam seperti mengaitkan ajaran agama sebagai ketinggalan zaman, tidak adil dan memperjuangkan hak murtad. Bagi orang atau penyokong fahaman songsang ini, apabila sering diajukan dengan pelbagai provokasi, maka lama-kelamaan mereka akan keluar daripada persembunyian dan menzahirkan pandangan. Biarpun tidak mengaku tetapi zahirnya mereka akan keluar juga untuk menimbulkan pendirian mereka itu, strategi golongan liberal ini dalam mempengaruhi masyarakat tidak dibuat secara fizikal, sebaliknya ia menggunakan jarum halus khususnya menggunakan media sosial.
Bagaimanapun, kita tidak boleh terus menyekat teknologi kerana mereka ada pemain-pemain yang bergerak dalam rangkaian yang besar. Hal ini demikian kerana, pengaruh fahaman liberal ini banyak diberikan pemerhatian modal utama oleh Tamadun Barat. Mereka ini bergerak dengan sokongan daripada tamadun Barat yang peradabannya bukan dalam tempoh singkat, tetapi bertahan sejak ribuan tahun lalu. Jadi, tidak mudah untuk mendepani mereka ini yang dibentengi kuasa dan sokongan dana besar. Lebih menambah kesukaran kerana agenda liberal ini digerakkan atas nama organisasi yang memperjuangkan hak asasi manusia.
Justeru, umat Islam seharusnya bangun daripada kealpaan dan bertindak secara profesional bagi mengekang kemaraan kelompok ini.
Comments
Post a Comment