Percambahan Biji Benih (Seed Germination)

PERCAMBAHAN TANAMAN Mengikut Salisbury dan Ross (1992) biji benih adalah hasil dari pembiakan seks dan wujud sebagai hasil terakhir dalam sistem pembiakan seks atau aseks. Suatu biji benih mempunyai 3 bahagian yang penting iaitu embrio yang akan berkembang membentuk satu tumbuhan yang lengkap, bahan makanan simpanan di mana penting untuk membekalkan makanan kepada embrio bila ia membesar dan terdapat samada di dalam kotiledon atau endosperma dan kulit biji yang juga dipanggil testa. Kesemua embrio yang matang terdiri daripada satu atau dua embrio manakala di atas kotiledon terdapat plumul yang mengandungi meristem serta beberapa daun yang rudiment atau yang bakal menjadi daun Akar primer pula akan berkembang dari bahagian bawah hipokotil iaitu radikel. Percambahan biji benih boleh ditakrifkan sebagai lanjutan tumbesaran aktif oleh embrio yang mengakibatkan berlakunya pemecahan kulit biji dan kemunculan anak pokok atau sebagai lanjutan tumbesaran oleh embrio yang mengakibatkan berl...