Posts

Waspada Umpan "Islam Liberal"

Image
Hari ni saya nak bincang dan merungkai sikit pasal apa itu "Islam Libearl". istilah ni sejak kebelakangan ni saya agak janggal untuk kita dengar dan perhatikan dalam bentuk segenak. Namun, saya nak berkongis untuk semua lapisan masyarakt khususnya kepada Komuniti Islam pada hari ni bahawa apa itu maksudnya dengan "Islam Liberal". Kalau difahamkan dalam bentuk falsafah, pemahaman atau pegangan liberal ini ia lebih membawa kepada maksud kepentingan individu, kebebasan hak-hak peribadi  atau sistem demokrasi liberal yang memberikan undian terbuka kepada hak setiap kelas masyarakat. "Muqadimah nya, sebelum kita ke lebih lanjut sukacita ingatkan bahawa perbincangan ini hanyalah hasil analisa daripada penelitian saya sahaja atas hak individu berkongsi pendapat." Seperti yang kita sedia tahu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 telah banyak membincangkan perihal-perihal yang berkaitan dengan aliran pemikir...

Ulasan mengenai kelas KPS 3014 : Pengurusan Pembelajaran

Image
     " Mana mungkin sakit jika tiada penyebabnya, Tidak  muncul malam jika siangnya tiada, Hidup ini  dihias doa, indah nikmat dariNya, Jangan biarkan  dunia dimamah wabak sengsara, lawan kita bersama hingga tiada  Noktah Bertanda                                                                  " Ilmu itu adalah sebuah nilai yang besar buktinya kepada kita untuk menjadi seorang individu, identiti, intelektual, karisma dan sebagainya yang dapat kita simpulkan dalam perbahasan bentuk percakapan, lisan mahupun perbuatan kita. Namun, ruang lingkup  pengajian  yang saya dapati sepanjang pengajian ini bersama rakan-rakan dan pesyarah yang kami sayangi Dr. Izazol Binti Idris dalam memberi tunjuk ajar, membuka ruang pemikiran kami yang sempit ini kepada sebua...

Bab 11 : Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Image
PENDAHULUAN Sejarah Pengambilan Dadah Di Malaysia  Dadah di Malaysia telah lama wujud di mana pada awal abad ke 19, British sebagai kerajaan menjajah ketika itu telah membawa pendatang Cina dan India Selatan menjadi pekerja dan buruh untuk bekerja di ladang-ladang lada hitam, ladang-ladang getah dan lombong bijih timah. Pekerja-pekerja asing dari Tanah Besar Cina telah membawa candu dan tabiat menghisap candu ke Negara ini. Candu bukan sahaja mudah diperoleh tetapi boleh membantu mereka menghilangkan kesakitan dan mengisi masa lapang. Maka tabiat ini terus diamalkan oleh pekerja lombong Cina ini ( Pasukan Petugas Anti Dadah, 1992).       Ganja pula dibawa oleh pekerja-pekerja asing dari India Selatan dan mereka telah memperkenalkan ganja di Negara ini. Mereka ditempatkan di ladang-ladang getah oleh kerajaan penjajah. Orang Melayu pula menggunakan dadah bagi tujuan 23 perubatan iaitu mengubati penyakit lelah. Bagi golongan nelayan dan petani, ganja membantu mere...

Bab 10 : Pengurusan Alam Pembelajaran

Image
Pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti sebagai faktor ‘ hasil ’. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada persekitarannya serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi cenderung untuk mengalami gangguan dan tekanan fizikal yang rendah.       Taraf pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan kea rah pembangunan diri, bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam pendidikan. Persediaan mengadapi kehidupan ini sentiasa perlu ada disamping melindungi m...

Bab 9 : Pengurusan Sekolah dan Persekitaran

Image
Hubungan Sekolah dan  Masyarakat Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah. Faktor luaran dan dalaman sekolah Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat.  Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.  Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah.  Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan ya...

Bab 8 : Pengurusan Pelbagai Upaya

Image
Pengenalan Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang wajar diambil penekanannya untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Permulihan Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” Murid pemulihan merupakan “Murid...