Posts

Showing posts from March, 2020

Bab 11 : Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Image
PENDAHULUAN Sejarah Pengambilan Dadah Di Malaysia  Dadah di Malaysia telah lama wujud di mana pada awal abad ke 19, British sebagai kerajaan menjajah ketika itu telah membawa pendatang Cina dan India Selatan menjadi pekerja dan buruh untuk bekerja di ladang-ladang lada hitam, ladang-ladang getah dan lombong bijih timah. Pekerja-pekerja asing dari Tanah Besar Cina telah membawa candu dan tabiat menghisap candu ke Negara ini. Candu bukan sahaja mudah diperoleh tetapi boleh membantu mereka menghilangkan kesakitan dan mengisi masa lapang. Maka tabiat ini terus diamalkan oleh pekerja lombong Cina ini ( Pasukan Petugas Anti Dadah, 1992).       Ganja pula dibawa oleh pekerja-pekerja asing dari India Selatan dan mereka telah memperkenalkan ganja di Negara ini. Mereka ditempatkan di ladang-ladang getah oleh kerajaan penjajah. Orang Melayu pula menggunakan dadah bagi tujuan 23 perubatan iaitu mengubati penyakit lelah. Bagi golongan nelayan dan petani, ganja membantu mere...

Bab 10 : Pengurusan Alam Pembelajaran

Image
Pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti sebagai faktor ‘ hasil ’. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada persekitarannya serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi cenderung untuk mengalami gangguan dan tekanan fizikal yang rendah.       Taraf pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan kea rah pembangunan diri, bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam pendidikan. Persediaan mengadapi kehidupan ini sentiasa perlu ada disamping melindungi m...

Bab 9 : Pengurusan Sekolah dan Persekitaran

Image
Hubungan Sekolah dan  Masyarakat Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah. Faktor luaran dan dalaman sekolah Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat.  Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.  Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah.  Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan ya...

Bab 8 : Pengurusan Pelbagai Upaya

Image
Pengenalan Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang wajar diambil penekanannya untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Permulihan Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” Murid pemulihan merupakan “Murid...

Bab 7 : Pengurusan Pelbagai Budaya

Image

Bab 6 : Pengurusan Penasihatan Murid

Image
Konsep bimbingan merupakan bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri ( Crow & Crow 1960 ). Bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak.   Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.       Konsep memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat ( Zuraidah, 1994 ). Menurut kamus dewan,   nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Difinisi Bimbingan Suatu proses untuk membantu individu memamahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya...

Bab 5 : Pengurusan Disiplin

Image
Disiplin adalah amalan membuat seseorang individu itu mematuhi peraturan atau piawaian tingkah laku, dan menghukum mereka ketika tidak melakukannya. Disiplin juga adalah kualiti untuk berkelakuan dan bekerja dengan cara terkawal yang melibatkan mematuhi peraturan atau piawaian tertentu. Namun sekiranya anda merujuk kepada suatu aktiviti atau situasi sebagai suatu disiplin, anda bermaksud bahawa, untuk berjaya, anda perlu bersikap terkawal dan mematuhi peraturan atau piawaian yang sudah tertentu oleh pihak pengurusan terhadap DISIPLIN di mana sahaja anda berada. Menurut Surut Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968 yang dikhtiraf oleh pihak kerajaan bahawa "tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar". Pengurusan Disiplin pelajar merupakan suatu isu yang sering menimbulkan masalah kepada guru-guru di sekolah. Ini kerana guru berhadapan dengan pelajar dalam jangka masa yang agak l...